Selasa, 25 Mac 2014

Pulau Pinang Rampas Pendahulu Liga

pulau-pinang-pendahulu-liga

Pulau Pinang: Lee Kwang-Hyun menjadi wira Pulau Pinang apabila meledak gol tunggal untuk kemenangan 1-0 ke atas Kedah di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam tadi sekali gus melonjak skuad kendalian K Devan ke tangga teratas Liga Perdana.

Pemain pertahanan tinggi lampai dari Korea Selatan itu menggunakan kelebihannya untuk memastikan umpanan cantik Zharif Hasna yang menghantar bola sepakan percuma ke depan pintu gawang disempurnakan sebaiknya.
Kedah berpeluang menyamakan kedudukan bermula dengan tandukan minit ke-64 Billy Mehmet, tetapi percubaannya tersasar. Peluang terakhir pada minit ke-83 oleh penyerang Republik Ireland itu juga tidak berhasil apabila rembatannya melambung tinggi.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, PDRM terlepas peluang mengekalkan kedudukan pendahulu apabila diikat Negeri Sembilan 2-2 pada perlawanan di sebelah petang. Negeri Sembilan dua kali mendahului menerusi Emmanuel Effa Owona (m-2) dan S Sivanesa (m-72), tetapi PDRM bangkit memadamkan kelebihan pelawat menerusi Charles Chad Souza (m-47) dan Rafael Souza (m-83).

Di Stadium MP Pasir Gudang, JDT II kembali menemui sentuhan kemenangan apabila menewaskan KL SPA 2-0. Tuan rumah yang menurunkan dua pemain baru dari JDT, Izuan Jarudin dan Akram Mahinan tatkala melengkapkan jendela perpindahan yang dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampak masih buntu mencipta jaringan pada babak pertama.

FELDA belasah UiTM

Namun bersambung babak kedua, JDT II mula menemui sentuhan gol apabila hantaran kapten Shahril Ishak disudahkan dengan sempurna oleh Braulio Rodriguez pada minit ke-50 dan sekali lagi umpanan kapten disempurnakan Nicolas Delmonte empat minit kemudian.

Di Stadium UiTM, Shah Alam, kelekaan di minit terakhir perlawanan menghukum anak buah Azuan Zain apabila terpaksa akur 4-2 kepada FELDA United.

Empat gol FELDA dijaringkan Edward Junior pada minit ketiga, Indra Putra Mahayuddin (m-26), Harris Safwan (m-38) dan Zah Rahan Krangar pada masa kecederaan babak kedua manakala dua gol UiTM disumbangkan Charles Obi Ikechukwu (m-20, 72).

Di Stadium Darul Aman, Perlis menewaskan PBAPP FC 2-1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan