Ahad, 20 April 2014

Kerajaan Italy Lelong Kereta Mewah Di eBay

alfa-romeo-giulia

ROME: Itali yang berdepan masalah kewangan memperoleh lebih 370,000 euro (RM1.6 juta) dengan menjual 52 kereta mewah milik kerajaan menerusi eBay, kata pejabat Perdana Menteri.

Pada hari pertama jualan, Rome berjaya menjual kenderaan eksekutif bernilai 371,400 euro daripada jualan kereta ‘auto blu’, nama yang diberikan kepada kenderaan dimiliki menteri dan pegawai kerajaan.

Jualan itu dipersetujui Perdana Menteri baru, Matteo Renzi.

Beliau berjanji menghasilkan simpanan kerajaan sehingga tujuh juta euro (RM31 juta) tetapi penjualan sebahagian daripada kenderaan kerajaan dilihat sebagai simbolik, cubaan mengurangkan kos kelas politik yang dicemari skandal rasuah.

Lebih sejuta orang mengunjungi laman web itu bagi melihat kereta yang hendak dijual. Antara yang ditawarkan adalah Alfa Romeo, Lancia dan Audi.

Kenderaan itu milik Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.

Jualan seterusnya, juga menerusi eBay, diadakan pada 28 April ini dan termasuk lapan Maserati milik kerajaan yang dilelong.

Kenyataan kediaman rasmi Perdana Menteri, Chigi Palace, menyatakan kereta yang dilelong dipilih daripada kenderaan kerajaan yang dianggap tidak lagi penting - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan