SYDNEY: Isteri Putera William, Kate Middleton, tidak melepaskan peluang bersenda dengan suaminya yang sebelum itu bergurau mengenai cita rasa beliau berpakaian dengan mencadangkan pewaris takhta Britain itu memakai rambut palsu.
Duchess of Cambridge berkenaan mempersendakan rambut William yang semakin nipis ketika pasangan diraja itu melawat Pertunjukan Diraja Easter Sydney yang berprestij.
Ketika mereka melawat produk yang dipamerkan, seorang peserta, Lyn Crejan, 67, menunjukkan bulu alpaca yang sama dengan warna rambut William.

Putera William berminat dengan alpaca dan ketika saya menunjukkan ia kepada mereka, Kate berkata beliau patut meletakkan ia di atas kepalanya” Lyn Crejan, Peserta pameran.
Crejan, pesara dari Glenn Innes di New South Wales, berkata: “Putera William berminat dengan alpaca dan ketika saya menunjukkan ia kepada mereka, Kate berkata beliau patut meletakkan ia di atas kepalanya.
“Katanya, ‘awak memerlukan ini lebih daripada saya,’ dan menunjuk ke kepala William dan putera itu ketawa.”
Kate, yang memakai baju putih rekaan pereka fesyen Australia, Zimmerman, sebelum ini diusik suaminya ketika memakai baju berwarna kuning yang membuatkan beliau kelihatan seperti pisang dan baju hijau yang dikatakan agak terang.
Diiktiraf sebagai acara yang membawa suasana kampung ke bandar, pertunjukan selama 14 hari itu menarik lebih 900,000 pelancong setiap tahun, dan ditetapkan dalam kalendar peladang, pencinta haiwan, pekebun dan orang awam sejak ia mula diadakan kali pertama pada 1823.
Kerabat diraja dikaitkan dengan pertunjukan itu sejak Ratu Victoria memberi keizinan acara itu menggunakan perkataan diraja untuk acara itu pada 1890.
Dipamerkan dalam pertunjukan adalah ternakan yang memenangi anugerah daripada lembu daging dan biri-biri merino kepada kambing dan kuda serta haiwan eksotik lain seperti cicak dan alpaca.
Lebih 10,000 produk dipamerkan dan ada juga tempat untuk mereka yang mahu berasa lebih dekat dengan pameran seperti memerah susu lembu.
Ketika pasangan diraja itu memasuki Cox Pavillion, lokasi pertunjukan mengetam bulu biri-biri diadakan dengan sempurna yang membuatkan mereka tersenyum apabila ia tunduk sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan suami isteri itu.
Biri-biri berkenaan tunduk dengan sebelah lutut dengan bantuan pemiliknya, Jim Murray. - AGENSI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan