Ahad, 20 April 2014

Panyakit Berjangkit MERS Ada Kaitan Dengan Unta

penyakit-MERS-unta

RIYADH: Pakar Arab Saudi mengenai penyakit berjangkit kelmarin mengesahkan kaitan antara Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dan unta selepas penyelidikan membuktikan virus yang diasingkan daripada seorang pesakit dan unta miliknya adalah 100 peratus sama.

“Kami berjaya mengasingkan koronavirus dan membuktikan peranan unta dalam memindahkan virus maut itu kepada manusia,” kata Dr Tariq Ahmed Madani dari Hospital Universiti Raja Abdulaziz di Jeddah.

Bercakap dengan Arab News, beliau berkata penemuan membuktikan unta adalah sumber utama membolehkan koronavirus menjangkiti dan membunuh manusia.

“Ini tidak bermakna unta adalah satu-satunya sumber. Penemuan penting ini akan membantu memerangi dan mengawal penyakit,” kata Madani, yang memperoleh fellowship dalam penyakit berjangkit daripada Universiti Manitoba di Kanada.

Keseluruhan 72 orang maut akibat MERS daripada 212 kes jangkitan di Arab Saudi.

Wanita tempatan berusia 72 tahun meninggal dunia daripada tujuh pesakit yang dikenal pasti dengan MERS di Jeddah kelmarin. Enam lagi pesakit termasuk dua lelaki berusia 60 dan 70 tahun, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi di hospital tempatan manakala seorang doktor berusia 54 tahun, wanita warga asing 31 tahun dan dua wanita Arab Saudi berusia 40 dan 60 tahun, juga didiagnos dengan penyakit itu dan dilaporkan dalam keadaan stabil. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan