Khamis, 1 Mei 2014

Seo In Guk Terima Tekanan Pelakon Senior

kpop-Seo In Guk
 
NAMA So Ji Sub dan Gong Hyo Jin memang jauh lebih senior di bidang lakonan, jika dibandingkan dengan Seo In Guk.
  Sehubungan itu Seo In Guk mengakui berasa tertekan kerana pelakon-pelakon tersebut lebih berpengalaman daripadanya.

"Secara jujur saya berasa tertekan untuk bergandingan dengan mereka, namun ia adalah pengalaman yang baik untuk saya," ujarnya dalam satu temuramah.

Di lokasi penggambaran, tiada sebarang kecanggungan antara penyanyi lagu All of You itu dengan pelakon-pelakon lain.

Seo In Guk juga mengakui berasa selesa dengan layanan yang diberikan oleh So Ji Sub dan Gong Hyo Jin.

"Mereka sangat baik dan penerimaan mereka terhadap pendatang baru seperti saya memberi semangat kepada saya," ujarnya.

Tambahnya, pengalaman sepanjang penggambaran drama The Master's Sun menjadi sesuatu yang tidak boleh dilupakan.

Drama ini juga berjaya dengan memperoleh rating yang tinggi di stesen televisyen negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan