Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Selasa, 5 Mei 2020

Muzaffar Jakel Tampil Buat Permohonan Maaf

Terkini di edisi skodeng, akhirnya Muzaffar Jakel telah membuat satu video permohonan maaf. Melalui video tersebut Muzaffar telah menjelaskan segala apa yang terjadi dari 1 Mei 2020 sehingga ke hari ini.

Menurut penjelasan beliau status dibuat dalam keadaan beremosi dan tidak pernah berniat untuk hina Melayu. Ini kerana banyak makian yang dia dapat dari DM.

Beliau juga turut perjelaskan tentang seorang pengguna FB bernama Nor Lizah yang memuat naik status berbaur perkauman.

Isnin, 4 Mei 2020

Abang Muzaffar Jakel Tampil Mohon Maaf

Edisi skodeng kali ini menyiarkan video permohonan maaf oleh abang kepada Muzaffar Jakel di atas keterlanjuran membuat kenyataan di media sosial yang mana telah mengguris hati orang Melayu.

Dipercayai, permohonan maaf ini dibuat sebagai damage control ke atas bisnes mereka. Mejoriti Netizen yang mengikuti isu telah menyuarakan hasrat hati mereka untuk tidak membeli atau boiket produk keluaran Jakel Trading.

Ahad, 3 Mei 2020

Azhar Ali Bikin 1Malaysia Terciduk!!

Edisi Skodeng kali ini mendedah bagaimana seorang pelajar bernama Azhar Ali yang didakwa telah mengencing seluruh rakyat Malaysia dengan cerita pemberian biasiswa dari NASA.

Turut terkena tempias termasuk Perdana Menteri sendiri dan beberapa orang lagi pemimpin negara. Apa yang berlaku ini dianggap sebagai sesuatu yang memalukan.

Adik Pemilik Jakel Trading Hina Orang Melayu?

Edisi Skodeng kali ini mengisahkan tentang keceluparan mulut anak pemilik rangkaian butik pakaian terkenal iaitu Muzaffar Jakel yang didakwa telah menghina orang Melayu.

Kenyataan yang dibuat beliau di laman sosial miliknya telah membangkitkan kemarahan dan kencaman Netizen.

Apakah nasib Jakel selepas ini? Adakah orang Melayu akan memboikot produk pakaian dan kain bajunya? Atau.. Jakel akan membuat promosi besar-besaran di musim perayaan untuk membeli jiwa pelangganya kembali?


Rabu, 7 Mei 2014

Ibu Nasihat Almy Nadia Jangan Kongsi Kisah Rumah Tangga Pada Media

Almy-Nadia-Fizz-Fairuz

Pelakon jelita yang sering membawa watak perempuan gedik, Almy Nadia memutuskan untuk mengunci mulut daripada menceritakan segala hal rumah tangga yang dibina bersama pelakon Fizz Fairuz.

Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati permintaan ibunya agar apa juga yang berlaku dalam rumah tangga tidak diceritakan kepada umum khususnya media.  

“Ibu memberi nasihat agar tidak menceritakan hal rumah tangga kepada umum kerana ia terlalu peribadi.  

“Selain itu saya tidak mahu ada pihak yang tidak suka dengan cerita tentang kami. Tiidak semua orang suka kita, jadi lebih baik saya dengar nasihat ibu.

Almy telah selamat diijabkabulkan dengan pelakon Fizz Fairuz dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 26 April lalu.  

Majlis resepsi pihak perempuan akan di adakan di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei ini, manakala pihak lelaki pada 7 Jun depan di Raub, Pahang.

Dalam pada itu, ditanya tentang gangguan daripada pihak luar terhadap rumah tangganya Almy berkata setakat ini kehidupan mereka berjalan lancar dan dia tidak mahu fikir tentang hal itu.  

Dia juga menganggap alam perkahwinan dan kehidupan berumahtangga merupakan sebuah kisah baharu dalam dirinya selain bergelar seorang isteri.  

“Setakat ini Alhamdulillah tiada sebarang gangguan tidak diingini dan saya malas nak fikir perkara seperti itu.  

“Saya anggap perkara yang sudah lepas sudah habis dan kini buka buku baru,” katanya.  

Sementara itu, Almy berkata, mereka belum merancang untuk berbulan madu berikutan terlalu sibuk dengan persiapan majlis resepsi kedua-dua belah pihak yang bakal berlangsung.  

“Insya-Allah lepas selesai majlis resepsi kedua-dua pihak dan selepas majlis Anugerah Bintang Popular barulah kami fikir untuk berbulan madu.

“Sekarang ini banyak duit habis, jadi kenalah kerja dulu baru boleh fikir tentang bulan madu,” katanya.

Sabtu, 3 Mei 2014

Bercerai Bukan Sebab Tak Beri Nafkah - Marshanda

marshanda-dan-ben


 
INDONESIA: Perkahwinan pelakon Indonesia, Marshanda dan Ben Kasyafani dikhabarkan bakal berakhir apabila wanita itu menfailkan penceraian ke Pengadilan Agama Jakarta Pusat baru-baru ini.
  
Kata Marshanda, 24, permasalahan yang terjadi dalam rumah tangga mereka tidak boleh diselesaikan dan diselamatkan lagi.

“Perselisihan yang terjadi terus menerus dan kami tidak mampu untuk menyelesaikannya,” kata pelakon itu.

Marshanda juga enggan menjelaskan masalah yang dihadapinya secara jelas, bagaimanapun menafikan khabar angin yang mendakwa suaminya itu tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada keluarga mereka.  

Katanya, keputusan untuk berpisah juga sudah difikirkan dengan matang.  

“Saya tidak terburu-buru dalam memutuskan perpisahan ini dan ia difikirkan secara matang dan selepas kami berbincang,   “Saya sedar bahawa ada pihak yang kecewa, saya hormati semua itu,” ujarnya.  

Marshanda berkahwin dengan Ben Kasyafani pada 2 April 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Suami Misha Omar Yakin Fitnah Terhadap isterinya Lenyap Lepas Kahwin

mishaomar-nikah-firoz

KOTA BAHRU: Suami kepada penyanyi Misha Omar, Firos Ezzwan Rossly yakin fitnah dan gosip tentang isterinya yang bertebaran sebelum ini akan lenyap selepas mereka sah disatukan pada Jumaat (semalam).

Firos, 32, berkata, penyatuan mereka sebagai suami-isteri adalah pengakhiran kepada semua cakap-cakap itu dan bersyukur mereka diberi kekuatan untuk mengharungi semua dugaan sebelum disatukan.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan segala cakap-cakap yang tidak baik mengenai isteri saya sudah pun terjawab apabila kami disatukan.

"Saya berasa sebak selepas disatukan bukan sahaja kerana gembira tetapi lega semua tohmahan tentang Misha akhirnya berakhir," katanya.

Firos yang juga seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, terdahulu selamat dinikahkan dalam sebuah majlis yang sederhana di Hotel Renaissance di sini.

Misha menerima sepasang gelang emas sebagai Mas Kahwin sebagai simbolik cinta mereka.

Tambah Misha, dia tidak perlu mempertahankan gosip buruk tentangnya kerana paling penting perkahwinannya dengan Firos adalah nyata.

"Dari dahulu lagi saya tidak melayan gosip buruk mengenai diri saya dan membalas cakap-cakap tersebut dengan perkara nyata seperti hari ini (perkahwinan dengan Firos), katanya.

Dalam pada itu, Misha berkata, biarpun perasaannya gementar saat dijabkabulkan dengan Firos namun ia adalah saat paling gembira dalam hidupnya.

"Perasaan gemuruh ketika mengadakan persembahan pun tidak macam ini tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, Firos berkata, dia tidak mempunyai sebarang halangan untuk terus membenarkan isterinya bergiat aktif dalam bidang seni.

Jelas Firos, dia yakin Misha dapat menjaga batas dan nama baiknya sebagai seorang isteri selepas ini.

"Tiada sebab kenapa saya perlu halang dia untuk aktif dalam bidang seni malah akan sentiasa menyokongnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Misha berkata, dia dan suaminya merancang ingin berbulan madu di New York namun masih belum menetapkan tarikh untuk ke sana.

Ini kerana kata Misha, jadual mereka yang padat membuatkan perancangan itu terpaksa ditamgguhkan terlebih dahulu.

"Kami hanya cuti selama seminggu sahaja untuk berkahwin dan perancangan untuk berbulan madu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

"Kemungkinan saya akan ikut suami ke destinasi penerbangan ketika dia bertugas kelak, seperti di Sydney atau Melbourne," jelasnya.

Mengulas mengenai perancangan mereka untuk menimang cahaya mata, Firos dan Misha sepakat untuk menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan sahaja.

"Soal anak, kami serah kepada rezeki dan ketentuan Allah. Saya suka budak-budak. Mungkin saya mahu anak seramai enam atau lapan orang," ujar Firos berjenaka.

Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.

Sumber: mStar

Khamis, 1 Mei 2014

Seo In Guk Terima Tekanan Pelakon Senior

kpop-Seo In Guk
 
NAMA So Ji Sub dan Gong Hyo Jin memang jauh lebih senior di bidang lakonan, jika dibandingkan dengan Seo In Guk.
  Sehubungan itu Seo In Guk mengakui berasa tertekan kerana pelakon-pelakon tersebut lebih berpengalaman daripadanya.

"Secara jujur saya berasa tertekan untuk bergandingan dengan mereka, namun ia adalah pengalaman yang baik untuk saya," ujarnya dalam satu temuramah.

Di lokasi penggambaran, tiada sebarang kecanggungan antara penyanyi lagu All of You itu dengan pelakon-pelakon lain.

Seo In Guk juga mengakui berasa selesa dengan layanan yang diberikan oleh So Ji Sub dan Gong Hyo Jin.

"Mereka sangat baik dan penerimaan mereka terhadap pendatang baru seperti saya memberi semangat kepada saya," ujarnya.

Tambahnya, pengalaman sepanjang penggambaran drama The Master's Sun menjadi sesuatu yang tidak boleh dilupakan.

Drama ini juga berjaya dengan memperoleh rating yang tinggi di stesen televisyen negara itu.

Ahad, 27 April 2014

Jennifer Lawrence Tunjuk Isyarat Lucah

jennifer-lawrence-hot

MENGENALI aktres jelita Jennifer Lawrence, wanita itu bukan seorang yang mudah melenting dalam sesuatu perkara.

Bagaimanapun pada Khamis lalu, dia berang apabila  diekori beberapa orang paparazi ketika sedang bersama kekasihnya, Nicholas Hoult di London.

Menurut laporan E! Online, Jennifer berasa terganggu dengan paparazi yang mendekati mereka di mana ketika itu mereka baru saja menikmati makan malam bersama.

Kerana marah, aktres berusia 23 tahun itu menunjukkan isyarat lucah dan tampak begitu marah terhadap paparazi yang tidak henti-henti mengambil gambar mereka.

Bagaimanapun, Nicholas dilihat seperti sedang menenangkan kekasihnya itu.

Sabtu, 26 April 2014

Petua Debra Messing Turun Berat Badan Dengan Pantas

debra-messing-hot

Wak J: Wow! Sungguh memberansangkan. Kaum hawa patut cuba petua ini untuk menrunkan berat badan dengan cepat dan berkesan agar kekal gebu.
 
AKTRES Debra Messing dilihat begitu berbeza dan lebih langsing sejak akhir-akihr ini. Rupa-rupanya wanita itu sudah berjaya menurunkan berat badannya sehingga sembilan kilogram.

Menurut laporan E! Online, pelakon berusia 45 tahun ini mengakui telah mengubah gaya pemakanannya agar menjadi lebih sihat dan bangga dengan bentuk tubuh badannya sekarang.

 “Saya berjaya menurunkan sembilan kilogram berat badan. Tetapi itu bukan tujuan saya dalam melakukan perubahan ini.

“Saya berubah kerana mudah cepat penat. Dahulu saya hanya memikirkan masalah susahnya jadi ibu tunggal, tetapi kini saya lebih positif dengan diri,” katanya.

Debra berkata, dia memulakan harinya dengan segelas jus buah yang dicampur dengan sayuran seperti bayam, timun dan kubis.

Isnin, 21 April 2014

Cinta Enrique Iglesias & Anna Kournikova Masih Belum Direstui Bapa

enrique-iglesias-anna-kournikova

SELAMA 12 tahun menjalinkan hubungan cinta, pastinya banyak perkara yang dilalui Enrique Iglesias dan Anna Kournikova.

Bagaimanapun, menurut Dailymail, perkara penting yang sepatutnya dilakukan mereka iaitu memohon restu daripada keluarga rupa-rupanya masih belum dibuat oleh pasangan itu.

Enrique sehingga kini masih belum memperkenalkan Anna kepada bapanya, Julio Iglesias, sedangkan mereka sudah bertahun-tahun tinggal bersama.

“Pada 14 hingga 15 tahun terakhir dalam hidup, masa itu banyak dihabiskan dengan kerja. Saya tiada alasan kenapa tidak membawa Anna berjumpa dengan keluarga. Bukan salah dia dan juga bukan salah saya,” jelasnya.

Terdahulu, Julio pernah mendedahkan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Anna. Namun isteri dan anak-anaknya yang lain pernah berjumpa dengan bekas pemain tenis itu.

Rekaan Tudung Natasha Hudson Kena Ciplak

Natasha-Hudson-Dreamcloud

PETALING JAYA: Pelakon Natasha Hudson berasa marah dan kecewa apabila ada pihak yang meniru tudung yang direka khas untuk jenama miliknya iaitu Dreamcloud.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 32, berkata, individu yang tidak bertanggungjawab itu telah membeli tudung rekaannya secara dalam talian dan kemudian menciplak semula rekaan itu dan kemudian dijual menggunakan jenama lain.

“Saya memang marah apabila mendapat tahu ada pihak yang membeli tudung saya semata-mata mahu menciplak dan selepas itu dijual pula kepada orang ramai menggunakan label lain.

“Saya rasa perkara sebegini tidak adil buat saya yang bersusah payah menghasilkan tudung tersebut,”

Bagaimanapun tambah Natasha, dia belum berniat untuk mengambil isu tersebut secara serius hingga dibawa ke mahkamah sebaliknya berharap tiada pihak yang melakukan perkara sebegitu lagi.

Dalam pada itu, Natasha berkata, dia tidak menghalang jika ada peniaga baharu yang ingin mengambil inspirasi tudung rekaannya  tetapi janganlah meniru seratus peratus ciptaannya itu.

“Saya percaya bagi peniaga baru, seperti saya juga sebelum ini, kita memerlukan inspirasi dalam mereka sesuatu rekaan pakaian mahupun tudung.

“Tetapi kalau boleh, janganlah tiru bulat-bulat, itu tidak adil,” ujarnya.

Ditanya, adakah dia sudah bersedia sekiranya terdapat individu lain yang tidak bertanggungjawab menciplak rekaan tudungnya itu, Natasha berkata, dia sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan.

“Tirulah jika mahu tiru.  Macam mana sekalipun orang tetap tahu sesebuah rekaan itu bermula daripada siapa.

“Lagipun saya tidak boleh nak buat apa jika ada yang masih berdegil mahu menciplak,” tuturnya.

Ahad, 20 April 2014

Hubugan Britney Spears, David Lucado Tidak Direstui Bapa

Britney Spears-David Lucado

BAPA kepada Britney Spears iaitu Jamie tidak merestui hubungan anaknya dengan David Lucado biarpun pasangan itu dikhabarkan akan berkahwin dalam masa terdekat.

Daily Mail melaporkan, Jamie gagal mempercayai lelaki tersebut kerana dia tidak yakin David dapat menjaga Britney dengan baik selain bimbang dia hanya mahu berkahwin dengan anaknya kerana wang.

"Britney dan David sedang dilamun cinta tetapi bapanya tidak senang dengan hubungan tersebut," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Penyanyi lagu Toxic itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Sean, 8, dan Jayden, 7, tahun hasil hubungannya dengan bekas suami, Kevin Federline.

Pasangan itu berkahwin pada September 2004 dan bercerai tiga tahun kemudian. Britney membayar USD20,000 (RM60,000) kepada Kevin setiap bulan sebagai nafkah anak-anak mereka.

Jamie kekal bertindak sebagai penasihat kewangannya sejak beberapa tahun lalu.

"Bapanya tidak mahu kejadian sama berlaku selepas anaknya bercerai dengan Kevin dan dia benar-benar mahu menyelamatkan wang dan harta anaknya.

"Sebab itu Jamie lebih senang Britney kekal solo tanpa mana-mana lelaki mendekatinya kerana dia tidak tahu niat sebenar mereka," kata sumber itu lagi.

Penyanyi itu sebelum ini memutuskan pertunangannya dengan Jason Trawick pada Januari tahun lalu dan dilaporkan mahu berkahwin dengan David.

Ahad, 6 April 2014

OMG! Miley Cyrus Mengandung Anak Luar Nikah?

miley-cyrus-pragnant

Wak J: Di negara orang puteh lahir anak dalam nikah atau luar nikah itu sudah menjadi perkara biasa di sana dan tidak perlu nak dihairankan. Cuma sekarang, yang didakwa mengandung anak luar nikah ini adalah seorang artis popular dengan lagu 'The Climb' selain terkanal dengan kontroversi yang ntah apa-apa.

Di negara kita juga tidak terkecuali berlakunya perkara sebegini dan ia sedang berleluasa sekarang, terutamanya bagi masyarkat cina. Ini bukan andaian, tanggapan atau suka-suka nak buat cerita tapi ia adalah kenyataan. Ramai anak muda cina masa kini hidup bersekedudukan dengan pasangan masing-masing dalam satu rumah hingga mengandungkan anak luar nikah atau dalam bahasa jawanya anak 'bastard'.

Bila didapati pasangan perempuan atau awek disahkan mengandung, barulah mereka ini terhegeh-hegeh pergi ke pejabat pendaftaran negara untuk mendaftarkan perkahwainan mereka. Setahu wak dalam adat tradisi mereka tidak ada mengajar tentang benda tidak baik ini. Mungkin anak-anak muda bangsa Cini sudah terikiut-ikut dengan gaya hidup di barat yang menjadikan amalan seks bebas sebagai gaya hidup mereka.

PENYANYI kontroversi Miley Cyrus didakwa sudah hamil. Namun keadaan menjadi lebih teruk apabila penyanyi lagu Wrecking Ball itu tidak tahu siapakah bapa kepada bayi yang dikandungnya itu.

Menurut laporan majalah Life Style edisi April 2014, salah satu sumber yang rapat dengan Miley berkata penyanyi itu hamil tanpa dirancang akibat kehidupannya yang semakin liar.

Laporan Life Style berhubung dakwaan kehamilan Miley.

Sumber itu menambah, hampir setiap malam Miley bersama dengan lelaki yang berlainan dan tanpa disedari dia pula hamil.

Tidak lama selepas berita itu dikeluarkan, jurucakap Miley menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan ia hanyalah berita yang direka-reka.

"Tidak ada yang benar dalam laporan (Life Style) itu," katanya ringkas.

Hubungan Hrithik & Isteri Masih Masih Baik Walau Sudah Berpisah

hrithik-isteri-berpisah

Wak J: Bila dah dapat..biasalah. Walaupun isteri aktor Bollywod ini kelihatan masih montok dan gebu lagi, tapi tidak mustahil kalau Hrithik Roshan sudah dapat yang lebih baik dari sekarang.

Nasib badanlah!

MESKIPUN sudah berpisah, hubungan Hrithik Roshan dengan isterinya, Sussane masih lagi baik terutamanya apabila berkaitan dengan urusan anak, kedua-duanya bersikap seolah-olah tiada masalah di antara mereka.

Menurut laporan apunkachoice.com, Hrithik dan Sussane sama-sama telah meraikan hari jadi anak sulung mereka, Hrehaan Roshan yang ketujuh tahun.

"Majlis hari jadi itu bertemanakan taman dan semua itu dianjurkan sendiri oleh Sussane dan Hrithik," kata sumber.

Walaupun Hrithik dan Sussane tidak lagi duduk serumah, namun pasangan itu belum bercerai secara rasmi.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Hridhaan, berumur lima tahun.

Isnin, 31 Mac 2014

Shakilla Khoriri Diserang Kerana Lakonan Watak Jahat Menjadi

shakilla-khoriri-watak-jahat

PETALING JAYA: Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan pernah diserang oleh seorang wanita hanya kerana membenci dengan watak antagonis yang dibawanya dalam sebuah drama sebelum ini.

Shakilla, 25, berkata, ketika kejadian dia sedang sibuk melayan permintaan peminat yang ingin bergambar dengannya sebelum wanita berkenaan menyerangnya dari arah belakang.

"Wanita berkenaan menggunakan tas tangannya untuk memukul bahagian belakang badan saya namun saya tenang kerana tidak mengetahui punca sebenar dia bertindak berkenaan.

"Namun apabila dia memarahi saya dan menyebut watak dalam sebuah drama lakonan saya baru saya sedar punca dia bertindak demikian," katanya.

Shakilla bakal muncul dengan drama bersiri Aku Isterinya disamping Anzalna Nasir dan Izzue Islam yang akan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

Drama arahan Fairuz Loy itu disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.

Shakilla bakal muncul dengan drama terbaharunya di TV3.

Tambah Shakilla, dia tidak mengambil hati terhadap wanita berkenaan ekoran kejadian itu kerana menganggap ia perkara kecil selain memandang positif terhadap apa yang berlaku.

"Wanita itu kelihatan begitu bencikan watak yang saya bawa dalam drama itu dan itu menunjukkan lakonan saya berjaya memberi kesan kepada orang lain," jelasnya.

Sementara itu, Shakilla mengakui masih belum popular berbanding aktres seangkatannya biarpun telah bergelar anak seni sejak lapan tahun lalu.

Shakilla bagaimanapun berkata, dia bersyukur biarpun jarang mendapat publisiti namun tawaran lakonan diberikan kepadanya masih banyak.

"Alhamdulillah rezeki saya masih murah dalam bidang lakonan selepas lapan tahun menceburkan diri dalam bidang ini biarpun kurang popular dikalangan peminat," katanya.

Mstar

Sabtu, 29 Mac 2014

Kajol Kurangkan Aktiviti Lakonan Demi Anak


kajol-bollywod

MENJADI seorang ibu benar-benar mengubah kehidupan Kajol, malah dia sanggup meninggalkan karier lakonan demi memberi sepenuh perhatian terhadap anaknya.

Menurut laporan portal OneIndia, Kajol berkata, sejak menjadi ibu kepada Nysa Devgan, 11, Yug Devgan, 4, dia mahu memastikan kebajikan anak-anak terutamanya dalam hal akademik perlu diberi perhatian.

"Satu-satunya alasan saya tidak berlakon banyak dalam Bollywood adalah kerana anak-anak saya.

"Mereka memerlukan perhatian dan tugas saya adalah menghabiskan banyak masa dengan mereka.

"Saya tidak melahirkan anak hanya kerana mahu mengabaikan mereka dan kemudian sibuk dengan kerja. Saya bukan orang seperti itu," katanya.

Tambah Kajol, memandangkan suaminya, Ajay Devgan juga sibuk dengan filem, maka dia terpaksa mengurangkan lakonannya bagi meluangkan masa bersama anak-anak.

Jumaat, 28 Mac 2014

Berat Badan Jennifer Aniston Bertambah Angkara Tunang

Jennifer-Aniston-sexy


 
PELAKON Jennifer Aniston menyalahkan tunangnya Justin Theroux sebagai punca berat badannya bertambah.
 Katanya, Justin pandai memasak pasta dengan baik sehingga dia terpaksa melupakan hasrat untuk melakukan diet.

"Lelaki ini telah membuat saya menambah berat badan dengan masakannya tetapi itu berbaloi dan sangat sedap," katanya seperti dipetik people.com.

Tambah Jennifer, dia terpaksa menggandakan jadual senamannya bagi membakar semula kalori.

Katanya, setiap hari dia akan melakukan kardio selama 45 minit dan yoga selama 20 minit.

Lana Nordin Masih Mencari Pengganti Johan As'ari

lana-nordin-seksi
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin mengakui masih belum bertemu jodoh sejak putus cinta dengan aktor Johan As'ari pada akhir tahun lalu.

Lana berkata, dia enggan terlalu teruja dalam mencari pasangan yang sesuai sebaliknya hanya menyerah perkara itu kepada takdir.

"Jodoh itu kan di tangan Tuhan. Siapalah saya untuk menentukannya.

"Saya tidak serik dengan cinta, cuma masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai," katanya

Tambah Lana, buat masa ini, dia lebih senang dengan statusnya sebagai wanita solo namun tidak menolak sekiranya bertemu dengan lelaki yang sesuai dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Lana yang baru pulang dari menunaikan Umrah di Mekah pada 28 Februari lalu berkata, dia kini lebih tenang dalam menjalani kehidupan hariannya.

Malah dia juga berharap agar dapat menjadi wanita Muslim yang lebih baik dengan mengubah diri sedikit demi sedikit.

"Alhamdulillah, sekarang ini saya lebih fokus dengan setiap perkara yang saya lakukan dalam ingin menjadi seorang wanita yang lebih baik," ujarnya.

Terdahulu, ketika masih lagi menjalinkan hubungan dengan Johan, Lana pernah meluahkan hasratnya untuk berubah menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik sedikit demi sedikit.

Dalam perkembangan lain,  Lana baru saja selesai menjalani penggambaran drama Joyah vs Bedah, terbitan Zeel Production untuk siaran TV9 dan akan menjalani beberapa penggambaran drama pada bulan depan.

"Alhamdulillah, rezeki lakonan masih lagi di pihak saya. Tawaran yang diterima juga masih ada dan saya harap dapat bekerja keras lagi untuk menjadii pelakon yang terbaik juga," tuturnya.

Sumber: Mstar

Selasa, 25 Mac 2014

Russel Brand & Jemima Khan Dikhabarkan Telah Bertunang

russell-jemima




 
PELAWAK Russell Brand dan kekasih baharunya Jemima Khan dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan baru-baru ini.
 Ia berikutan cincin berlian yang dipakai oleh wanita itu kelihatan seperti cincin pertunangan kerana sangat cantik dan klasik.

Sumber memberitahu The Mirror  wanita berusia 40 tahun itu juga kelihatan sangat bahagia ketika ini.

Pelawak yang merupakan bekas suami penyanyi Katy Perry itu telah mendedahkan hubungan cinta mereka, namun belum membuat sebarang pengumuman terhadap khabar pertunangan tersebut.