Kata Marshanda, 24, permasalahan yang terjadi dalam rumah tangga mereka tidak boleh diselesaikan dan diselamatkan lagi.
“Perselisihan yang terjadi terus menerus dan kami tidak mampu untuk menyelesaikannya,” kata pelakon itu.
Marshanda juga enggan menjelaskan masalah yang dihadapinya secara jelas, bagaimanapun menafikan khabar angin yang mendakwa suaminya itu tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada keluarga mereka.
Katanya, keputusan untuk berpisah juga sudah difikirkan dengan matang.
“Saya tidak terburu-buru dalam memutuskan perpisahan ini dan ia difikirkan secara matang dan selepas kami berbincang, “Saya sedar bahawa ada pihak yang kecewa, saya hormati semua itu,” ujarnya.
Marshanda berkahwin dengan Ben Kasyafani pada 2 April 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan