Memaparkan catatan dengan label Feed. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Feed. Papar semua catatan

Rabu, 7 Mei 2014

Ibu Nasihat Almy Nadia Jangan Kongsi Kisah Rumah Tangga Pada Media

Almy-Nadia-Fizz-Fairuz

Pelakon jelita yang sering membawa watak perempuan gedik, Almy Nadia memutuskan untuk mengunci mulut daripada menceritakan segala hal rumah tangga yang dibina bersama pelakon Fizz Fairuz.

Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati permintaan ibunya agar apa juga yang berlaku dalam rumah tangga tidak diceritakan kepada umum khususnya media.  

“Ibu memberi nasihat agar tidak menceritakan hal rumah tangga kepada umum kerana ia terlalu peribadi.  

“Selain itu saya tidak mahu ada pihak yang tidak suka dengan cerita tentang kami. Tiidak semua orang suka kita, jadi lebih baik saya dengar nasihat ibu.

Almy telah selamat diijabkabulkan dengan pelakon Fizz Fairuz dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 26 April lalu.  

Majlis resepsi pihak perempuan akan di adakan di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei ini, manakala pihak lelaki pada 7 Jun depan di Raub, Pahang.

Dalam pada itu, ditanya tentang gangguan daripada pihak luar terhadap rumah tangganya Almy berkata setakat ini kehidupan mereka berjalan lancar dan dia tidak mahu fikir tentang hal itu.  

Dia juga menganggap alam perkahwinan dan kehidupan berumahtangga merupakan sebuah kisah baharu dalam dirinya selain bergelar seorang isteri.  

“Setakat ini Alhamdulillah tiada sebarang gangguan tidak diingini dan saya malas nak fikir perkara seperti itu.  

“Saya anggap perkara yang sudah lepas sudah habis dan kini buka buku baru,” katanya.  

Sementara itu, Almy berkata, mereka belum merancang untuk berbulan madu berikutan terlalu sibuk dengan persiapan majlis resepsi kedua-dua belah pihak yang bakal berlangsung.  

“Insya-Allah lepas selesai majlis resepsi kedua-dua pihak dan selepas majlis Anugerah Bintang Popular barulah kami fikir untuk berbulan madu.

“Sekarang ini banyak duit habis, jadi kenalah kerja dulu baru boleh fikir tentang bulan madu,” katanya.

Sabtu, 3 Mei 2014

Suami Misha Omar Yakin Fitnah Terhadap isterinya Lenyap Lepas Kahwin

mishaomar-nikah-firoz

KOTA BAHRU: Suami kepada penyanyi Misha Omar, Firos Ezzwan Rossly yakin fitnah dan gosip tentang isterinya yang bertebaran sebelum ini akan lenyap selepas mereka sah disatukan pada Jumaat (semalam).

Firos, 32, berkata, penyatuan mereka sebagai suami-isteri adalah pengakhiran kepada semua cakap-cakap itu dan bersyukur mereka diberi kekuatan untuk mengharungi semua dugaan sebelum disatukan.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan segala cakap-cakap yang tidak baik mengenai isteri saya sudah pun terjawab apabila kami disatukan.

"Saya berasa sebak selepas disatukan bukan sahaja kerana gembira tetapi lega semua tohmahan tentang Misha akhirnya berakhir," katanya.

Firos yang juga seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, terdahulu selamat dinikahkan dalam sebuah majlis yang sederhana di Hotel Renaissance di sini.

Misha menerima sepasang gelang emas sebagai Mas Kahwin sebagai simbolik cinta mereka.

Tambah Misha, dia tidak perlu mempertahankan gosip buruk tentangnya kerana paling penting perkahwinannya dengan Firos adalah nyata.

"Dari dahulu lagi saya tidak melayan gosip buruk mengenai diri saya dan membalas cakap-cakap tersebut dengan perkara nyata seperti hari ini (perkahwinan dengan Firos), katanya.

Dalam pada itu, Misha berkata, biarpun perasaannya gementar saat dijabkabulkan dengan Firos namun ia adalah saat paling gembira dalam hidupnya.

"Perasaan gemuruh ketika mengadakan persembahan pun tidak macam ini tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, Firos berkata, dia tidak mempunyai sebarang halangan untuk terus membenarkan isterinya bergiat aktif dalam bidang seni.

Jelas Firos, dia yakin Misha dapat menjaga batas dan nama baiknya sebagai seorang isteri selepas ini.

"Tiada sebab kenapa saya perlu halang dia untuk aktif dalam bidang seni malah akan sentiasa menyokongnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Misha berkata, dia dan suaminya merancang ingin berbulan madu di New York namun masih belum menetapkan tarikh untuk ke sana.

Ini kerana kata Misha, jadual mereka yang padat membuatkan perancangan itu terpaksa ditamgguhkan terlebih dahulu.

"Kami hanya cuti selama seminggu sahaja untuk berkahwin dan perancangan untuk berbulan madu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

"Kemungkinan saya akan ikut suami ke destinasi penerbangan ketika dia bertugas kelak, seperti di Sydney atau Melbourne," jelasnya.

Mengulas mengenai perancangan mereka untuk menimang cahaya mata, Firos dan Misha sepakat untuk menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan sahaja.

"Soal anak, kami serah kepada rezeki dan ketentuan Allah. Saya suka budak-budak. Mungkin saya mahu anak seramai enam atau lapan orang," ujar Firos berjenaka.

Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.

Sumber: mStar