Ahad, 27 April 2014

Jennifer Lawrence Tunjuk Isyarat Lucah

jennifer-lawrence-hot

MENGENALI aktres jelita Jennifer Lawrence, wanita itu bukan seorang yang mudah melenting dalam sesuatu perkara.

Bagaimanapun pada Khamis lalu, dia berang apabila  diekori beberapa orang paparazi ketika sedang bersama kekasihnya, Nicholas Hoult di London.

Menurut laporan E! Online, Jennifer berasa terganggu dengan paparazi yang mendekati mereka di mana ketika itu mereka baru saja menikmati makan malam bersama.

Kerana marah, aktres berusia 23 tahun itu menunjukkan isyarat lucah dan tampak begitu marah terhadap paparazi yang tidak henti-henti mengambil gambar mereka.

Bagaimanapun, Nicholas dilihat seperti sedang menenangkan kekasihnya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan