Ahad, 6 April 2014

Hubungan Hrithik & Isteri Masih Masih Baik Walau Sudah Berpisah

hrithik-isteri-berpisah

Wak J: Bila dah dapat..biasalah. Walaupun isteri aktor Bollywod ini kelihatan masih montok dan gebu lagi, tapi tidak mustahil kalau Hrithik Roshan sudah dapat yang lebih baik dari sekarang.

Nasib badanlah!

MESKIPUN sudah berpisah, hubungan Hrithik Roshan dengan isterinya, Sussane masih lagi baik terutamanya apabila berkaitan dengan urusan anak, kedua-duanya bersikap seolah-olah tiada masalah di antara mereka.

Menurut laporan apunkachoice.com, Hrithik dan Sussane sama-sama telah meraikan hari jadi anak sulung mereka, Hrehaan Roshan yang ketujuh tahun.

"Majlis hari jadi itu bertemanakan taman dan semua itu dianjurkan sendiri oleh Sussane dan Hrithik," kata sumber.

Walaupun Hrithik dan Sussane tidak lagi duduk serumah, namun pasangan itu belum bercerai secara rasmi.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Hridhaan, berumur lima tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan